
Kerajaan pertimbang tidak libatkan pelajar sekolah dalam PLKN
KERAJAAN mempertimbangkan untuk tidak melibatkan pelajar sekolah dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal diperkenalkan semula, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata ketetapan mengenai peserta PLKN masih dalam peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan setakat ini. “PLKN mungkin tidak akan melibatkan mereka yang masih bersekolah, mungkin selepas (tamat) sekolah. Itu semua kita