
Perutusan Negara: Penyasaran subsidi kerajaan jimat RM4 bilion setahun
MESYUARAT Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu diambil bagi mengekang ketirisan subsidi diesel yang selama ini amat merugikan.