
694 projek baik pulih sekolah daif siap, 216 di peringkat prabina – Fadhlina
SEJUMLAH 694 projek membaik pulih sekolah daif telah disiapkan sementara 216 projek lagi kini di peringkat prabina di seluruh negara setakat Mac lepas. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi berkaitan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memastikan semua projek dapat disiapkan mengikut garis masa ditetapkan.