
Situasi COVID-19 di Malaysia terkawal
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan COVID-19 di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian yang berkaitan dengannya dilaporkan sejak April 2024. Kementerian itu berkata tiada kes varian baharu dikesan dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.