
Beberapa kementerian akan bincang perketat undang-undang berkaitan buli siber – Fahmi
PENAMBAHBAIKAN aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata terdapat undang-undang sedia ada yang perlu diperketatkan bukan sahaja dari segi takrifan definisi buli siber, tetapi juga dari segi denda atau