
1.44 juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di empat negeri hari ini
SERAMAI 1.44 juta murid dan pelajar terdiri daripada Kumpulan A melibatkan Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini. Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata secara keseluruhannya, terdapat seramai lima juta murid serta pelajar mengikuti sesi persekolahan 2024/2025 dengan Kumpulan B akan memulakan sesi akademik esok. Kumpulan B melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,