Berita

Sebanyak 6,787 kekosongan jawatan jururawat setakat 31 Mac lalu

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 6,787 kekosongan jawatan jururawat melibatkan kekosongan jawatan sedia ada dan pewujudan jawatan baharu berikutan naik taraf dan pembinaan fasiliti baharu setakat 31 Mac lepas. KKM berkata, pihaknya sedang melaksanakan proses pengambilan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi memastikan bilangan jururawat yang mencukupi di fasiliti yang berkenaan.