
Berita
Trio pecut berpasukan lelaki, wanita negara kandas awal
SKUAD berbasikal trek negara terkandas seawal pusingan kelayakan acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Dunia 2023 yang berlangsung di Velodrom Sir Chris Hoy di Glasgow, Scotland hari ini. Skuad lelaki dibarisi Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik untuk layak ke pusingan pertama selepas