Berita

KPM guna teknologi AI tingkat kecekapan tangani keciciran murid

SISTEM Pengesanan Murid Kementerian Pendidikan (SiPKPM) akan diperkukuhkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan strategi menangani keciciran murid. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ia membantu mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, murid cicir dan kanak-kanak yang berisiko untuk tidak mendapat akses pendidikan.