
Agama
Majikan, pekerja tidak solat, jejas keberkatan organisasi
SESEBUAH organisasi berpotensi tempang dan hilang keberkatan sekiranya ketua atau pemimpin serta pekerja didapati tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam. Menurut pendakwah bebas, Kamal Firdaus Ahmad, semua orang Islam sedia maklum bahawa kewajipan solat adalah tiang agama dan apabila pemimpin dan pekerja tidak melaksanakan solat, keberkatan dalam organisasi boleh terjejas.