
Berita
Dakwaan RUU Mufti Wilayah Persekutuan gugat kebebasan rakyat tidak benar – Menteri Agama
DAKWAAN penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar. Hakikatnya tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, seseorang individu mempunyai hak kebebasan sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun katanya, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak kerana