KBS

Berita

ESM mahu rancang lebih banyak kejohanan e-sports

KUALA LUMPUR – Selepas sambutan mengalakkan dalam kejohanan MyStay@Home Challenge 2.0 yang berakhir semalam, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) mahu merancang lebih banyak lagi kejohanan berstatus eksklusif di seluruh negeri. Perancangan itu bagi memastikan e-sports di Malaysia sentiasa kompetitif bagi mencungkil lebih ramai atlet terbaik yang dapat mewakili Malaysia di

Berita

Sukma Johor 2020 ditangguh

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020 ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19. Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang dipengerusikan olehnya menerusi sidang

Berita

Keselamatan, kesihatan atlet keutamaan KBS

KUALA LUMPUR – Keselamatan dan kesihatan atlet negara serta pegawai akan diberi keutamaan yang tertinggi sebelum keputusan muktamad dibuat berkaitan penyertaan kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun yang dijadualkan bermula 24 Julai nanti. Ia berikutan ancaman wabak Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kementerian

Berita

KBS tangguh semua program sukan hingga 30 April

KUALA LUMPUR – Semua jenis perhimpunan, program serta acara belia dan sukan dianjurkan atau diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun agensinya ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April nanti. Langkah berkenaan selaras dengan keputusan dan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas dan juga

Berita

FitMalaysia 2020 Edisi KL ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil pada Sabtu ini ditangguhkan. Perkembangan berkenaan dimaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. “KBS mengambil keputusan menangguhkan Program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur yang dijadualkan

Berita

Hafizh Syahrin dapat tajaan utama UMW Grantt International

PUTRAJAYA – Pelumba Kejohanan Dunia MotoGP kategori Moto2, Hafizh Syahrin bersyukur apabila dia akhirnya berjaya memperoleh penaja utama bagi menghadapi saingan MotoGP Dunia 2020 bermula 8 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Pelumba berusia 25 tahun itu ditaja oleh UMW Grantt International Sdn. Bhd. bermula Mac sehingga Disember 2020.