Berita

Lesen media sosial pastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab

KEPERLUAN pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan penyedia perkhidmatan media sosial telah diwartakan pada 1 Ogos 2024 dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025. Penyedia perkhidmatan perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Berita

Tidak akan tangguh perlesenan media sosial – Fahmi

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Temu Mesra Masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing Bersama Menteri Komunikasi di Sepang hari ini. Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan

Berita

Kerangka kawal selia Internet langkah proaktif pastikan keselamatan pengguna terutama kanak-kanak

USAHA kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia baharu berkaitan Internet menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dianggap proaktif dalam memastikan keselamatan pengguna di platform media sosial, terutamanya golongan kanak-kanak. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata ketiadaan kawal selia seperti itu boleh menyebabkan berlakunya peningkatan salah laku di

Berita

Lesen media sosial tidak libatkan pengguna – Fahmi

KERANGKA kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata sebaliknya perlesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial, justeru pengguna tidak

Berita

Kawal selia Internet selamat tidak akan halang kemasukan pelaburan ke Malaysia – Fahmi

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil melahirkan keyakinan kerangka kawal selia baharu untuk penggunaan Internet yang selamat tidak akan menghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia. Beliau berkata peraturan baharu yang akan dilaksanakan tahun hadapan itu akan menggalakkan pelabur dengan menyediakan kerangka kawal selia baharu yang lebih jelas. “Kami percaya bahawa jika ada, ini