Berita

Polis sahkan berlaku insiden provokasi di sebuah IPD di Pantai Timur – Ayob Khan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat insiden provokasi berlaku di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pantai Timur seperti yang tular di media sosial semalam. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata PDRM sedang menyiasat penularan video seorang lelaki dikasari beberapa lelaki di IPD tersebut.