
Lovelly sasar 50 terbaik dunia
ATLET karate wanita negara, Lovelly Anne Robberth tidak mahu terus terbuai dengan kejayaan meraih dua pingat perak pada Sukan Asia Hangzhou 2022 lepas, sebaliknya bertekad meletakkan sasaran tinggi bagi melonjakkan ranking dunianya. Atlet berusia 20 tahun dari Penampang, Sabah itu berkata beliau kini berada di kedudukan ke-81 dunia berdasarkan ranking Persekutuan Karate Dunia (WKF), justeru