
Berita
Kanak-kanak hilang di Iskandar Puteri ditemukan selamat di Selangor
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lepas ditemukan selamat di Selangor. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata kanak-kanak terbabit dijumpai di kawasan Batang Kali. “Ketua Polis Johor akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya