
Berita
Justin juara Terbuka Slovenia 2024
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Justin Hoh muncul juara Terbuka Slovenia 2024 selepas berehat panjang akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini. Pemain berusia 20 tahun itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pemain Indonesia, Prahdiska Bagas Shujiwo 19-21, 21-11, 21-15 pada perlawanan akhir di Dras Center, Maribor. Justin yang