
Berita
Lima lelaki ditahan jalankan judi dalam talian untuk pasaran Korea
LIMA lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian bagi pasaran Korea, ditahan di sebuah kondominium di Seputeh di sini semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata, serbuan kira-kira 5.15 petang itu mendapati kondominium berkenaan dijadikan pusat panggilan atau tempat menjalankan kegiatan itu menggunakan aplikasi Telegram dan beroperasi