
FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro Madani 2024
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro MADANI 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini. Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat melibatkan 7.2 juta isi rumah dengan nilai penjimatan dianggarkan RM77.25 juta.