
Berita
Kakitangan awam perlu kekal apolitical, pastikan sistem penyampaian lancar
PUTRAJAYA – Susulan kemelut politik yang melanda negara masa kini, semua penjawat awam diseru agar mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali dengan mempertahankan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, penjawat awam juga mesti melaksanakan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.