
Berita
JDT ikat penyerang Argentina Jonathan Herrera
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mengikat penyerang import baharu dari Argentina Jonathan Herrera. Pengarah Sukan JDT FC Martin Prest berkata mereka percaya Herrera adalah pemain yang layak berdasarkan umur serta cara permainan yang sesuai dengan pendekatan bola sepak diamalkan JDT.