
Berita
34 notis dikeluarkan‚ premis diarah tutup
SEJUMLAH 34 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Labuan menerusi Operasi Bersepadu Undang-Undang Kesihatan Awam (OSKA) membabitkan nilai kompaun RM9,400. Pengarah JKN Labuan, Dr Francis Paul berkata, penguatkuasaan tersebut menumpu kepada empat akta utama. Ia melibatkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852); Akta Makanan 1983