Berita

Kes baharu jangkitan Mpox dikesan, pesakit ada sejarah perjalanan ke luar negara

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat satu kes baharu jangkitan Mpox clade II dilaporkan pada 25 November lalu. Ia sekali gus menjadikan jumlah kes Mpox di negara ini bagi tahun ini meningkat kepada dua kes. KKM memberitahu, secara kumulatifnya, sebanyak 11 kes Mpox dilaporkan sejak 26 Julai tahun lalu. “Kes baharu