CKK

Caj kesesakan di KL

JIKA caj kesesakan dilaksanakan di Kuala Lumpur‚ kesesakan lalu lintas‚ terutama di kawasan pusat perniagaan‚ mampu dikurangkan sehingga 20 peratus‚ menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)‚ Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Beliau memberi contoh pelaksanaan caj kesesakan di London dan Stockholm mengurangkan kesesakan antara 20 hingga 30 peratus.