
Berita
Delegasi ISWAMI Malaysia meriahkan sambutan HPN 2024 di Jakarta
SAMBUTAN Hari Pers Nasional (HPN) 2024 hari ini dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang terdiri daripada ketua-ketua pengarang agensi berita, barisan pimpinan ISWAMI Malaysia dan wartawan dari Malaysia itu adalah bagi memenuhi undangan sempena sambutan HPN yang diadakan setiap tahun.