Berita

JWP perluas kerjasama dengan syarikat global

LAWATAN kerja di China memberikan inspirasi untuk meneroka dan memperluaskan kerjasama di antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan syarikat global seperti Huawei Technologies Co Ltd dan BYD. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata kerjasama itu adalah usaha untuk mencapai pembangunan mampan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Berita

Peremajaan semula pulau oleh JWP

BAGI memacu semula sektor pelancongan khususnya di Pulau Rusukan Besar, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan terus membantu dari aspek pembangunan, pengindahan serta peremajaan semula pulau. Usaha murni tersebut dilaksanakan oleh JWP menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembersihan dan Pengindahan Pulau Rusukan Besar dengan kerjasama Persatuan Penggiat Media, Yayasan Sukarelawan

Berita

Festival Kreatif KL pamer aspek seni dan budaya

FESTIVAL Kreatif Kuala Lumpur diyakini dapat mempamerkan aspek seni dan budaya bandar raya ibu kota, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. Semalam beliau melancarkan Festival Kreatif Kuala Lumpur di The Toffee yang dianjurkan oleh ThinkCity dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah inisiatif Kuala

Berita

Zaliha bentang cadangan inisiatif utama Jabatan Wilayah Persekutuan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah membentang cadangan inisiatif utama Jabatan Wilayah Persekutuan kepada Kementerian Kewangan semalam. Beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian warga kota Wilayah Persekutuan terjamin. Menurutnya lagi, beliau mahu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang maju dan sejahtera serta

Berita

Pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan semarak semangat patriotisme

PROGRAM pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan di Menara Seri Wilayah bersama warga Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) semalam mampu menyemarakkan semangat patriotisme. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa sebanyak 25 buah kereta dan motor telah dipasang bendera Jalur Gemilang. “Ini dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme

Berita

Semarak semangat Malaysia MADANI

MENJELANG Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyemarakkan semangat patriotisme melalui Program Semarakkan Semangat Malaysia Madani: Jiwa Merdeka di Menara Seri Wilayah hari ini. Disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, program tersebut bagi menyambut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar