
“Guna gambar untuk iklan judi, itu melampau!” – Izzue Islam mahu buat laporan polis
ISU foto selebriti disalahgunakan untuk melariskan sesuatu produk bukanlah perkara baharu. Terbaru, pelakon popular Izzue Islam, 31, menjadi mangsa iklan judi atas talian yang menggunakan gambar dan namanya. Menerusi instagram, Izzue menegaskan dirinya tidak pernah terlibat dengan iklan tersebut dan menganggap perbuatan itu sudah melampau. “Aku tak pernah terjebak dengan