Berita

Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17: Kebajikan rakyat fokus Sultan Ibrahim

SEMANGAT perpaduan antara kaum, kestabilan politik serta keprihatinan terhadap kebajikan rakyat adalah antara fokus utama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam memayungi rakyat Malaysia. Penganalisis Politik Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (COLGIS-UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata kesemua aspek tersebut dapat dilihat apabila Seri Paduka