Berita

Sultan Brunei tiba untuk istiadat pertabalan Sultan Ibrahim

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini, hari ini bagi menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, esok. Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 11.55 pagi, dengan menerbangkan sendiri pesawat Royal Brunei Boeing 787-8 (BBJ).

Berita

Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17: Kebajikan rakyat fokus Sultan Ibrahim

SEMANGAT perpaduan antara kaum, kestabilan politik serta keprihatinan terhadap kebajikan rakyat adalah antara fokus utama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam memayungi rakyat Malaysia. Penganalisis Politik Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (COLGIS-UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata kesemua aspek tersebut dapat dilihat apabila Seri Paduka