
Konflik Iran-Israel: Semua pihak main peranan pastikan ketegangan tidak memuncak
MALAYSIA berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat, susulan konflik terbaharu antara Iran dan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata semua pihak mesti berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau terbabit.