
Berita
24 individu berkeliaran tanpa tujuan kena reman
LABUAN – Tindakan 24 individu yang berkeliaran sekitar bandar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah apabila mereka ditahan polis, semalam. Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya yang melakukan pemantauan bermula dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam mendapati semua suspek melanggar PKP Fasa Ketiga.