
Aktiviti perikanan kecil-kecilan dibolehkan dengan kebenaran polis – Ismail Sabri
INDIVIDU yang terlibat dengan aktiviti perikanan secara kecil-kecilan boleh meneruskan aktiviti mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat mendapat kebenaran polis. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun sektor berkenaan sememangnya dibenarkan beroperasi sejak fasa awal pelaksanaan PKP lagi, namun beliau faham terdapat kekangan untuk