
Berita
KUSKOP lantik tiga pengerusi baharu agensi di bawah kementerian
BEKAS Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), manakala bekas Pengerusi Akademi Pelatihan, Penerangan dan Penyelidikan Selangor Mustaffa Kamil Ayub dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), berkuat kuasa 15 Mac lepas. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam satu kenyataan hari ini