
Insentif RM500 untuk penjaja terlibat program bazar Ramadan
PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan akan memberikan insentif RM500 kepada peniaga atau penjaja yang menyertai tiga program pelaksanaan seperti diumumkan sebelum ini bagi menggantikan bazar Ramadan. Menterinya, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, selain sebagai satu galakan, insentif tersebut juga bertujuan memudahkan penjaja yang terlibat membuat bayaran kepada pihak e-hailing