
Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin Asean
PADA Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala. Anwar dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan menyampaikan hasrat untuk melihat