
RM1.5 juta nilai geran untuk 20 syarikat kaum India diluluskan
SEHINGGA 25 November lalu, sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan geran kepada 20 syarikat perusahaan kecil kaum India ujar Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R Ramanan. Beliau berkata manakala 61 permohonan lagi sedang dinilai bagi memastikan mereka memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan. “Penerima kumpulan seterusnya akan menyusul kemudian.