Berita

Kejayaan PDRM beri kesan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa

KEJAYAAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan fungsi-fungsinya selaras Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 secara tidak langsung telah menyumbang kepada pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia merujuk kepada Indeks Keamanan Global (GPI) 2024 apabila Malaysia berada di tempat ke-10 daripada 163 negara.