
Lima ekor Harimau Malaya mati sejak 2023 – Nik Nazmi
Lima ekor Harimau Malaya dilaporkan mati termasuk menjadi mangsa dalam insiden jalan raya dalam tempoh kurang dua tahun sejak 2023 sehingga kini, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata sembilan ekor Harimau Malaya pula telah ditangkap di kawasan konflik dan usaha melindungi haiwan itu serta memulihara