
Artikel
Bulan penuh gembira
Oleh ZULKIFLI SULONG PERTAMA kalinya dalam sejarah hidup yang sudah melangkau angka 60-an ini, saya merasai Hari Merdeka ke-67 ini disambut paling meriah sekali. Hampir kesemua komuniti membuat aktiviti dan acara sambutan masing-masing. Di komuniti kecil saya yang terletak di sebuah taman perumahan di Rawang, ada empat acara sambutan berlangsung.