
PM Muhyiddin kongsi pengalaman berjuang melawan kanser
SEMPENA Hari Kanser Sedunia hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam mencegah dan mengawal penyakit tersebut dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Perdana Menteri dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau turut berkongsi pengalamannya selaku bekas pesakit kanser, dan beliau memahami keperitan serta kesukaran yang ditanggung pesakit kanser dalam melawan penyakit tersebut.