
Hakim bebas buat keputusan berdasar fakta dan undang-undang – Tengku Maimun
PARA hakim bebas untuk membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang tanpa sebarang rasa gusar terhadap natijah politik atau sosial berhubung keputusan mereka, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Beliau berkata berbeza dengan ahli politik, hakim tidak perlu menjawab kepada sesiapa, atau diperintah oleh desakan politik atau populariti. “Seorang