
Berita
Utamakan pekerja tempatan, kurangkan bergantung pekerja asing
KERAJAAN mesti memastikan pekerja tempatan diberi keutamaan melalui tawaran gaji yang kompetitif dan syarat kerja yang adil bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George berkata keutamaan itu bukan sahaja penting untuk menangani masalah pengangguran tetapi juga untuk meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan.