
Insentif kewangan kepada pengilang gula langkah sementara – Fuziah
PEMBERIAN insentif kewangan sebanyak RM42 juta kepada pengilang gula yang dilaksanakan ketika ini merupakan langkah sementara untuk memastikan kesinambungan pengeluaran bahan makanan asas itu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ia bukan satu Langkah jangka panjang atau berbentuk subsidi tetapi sebagai mekanisme sementara sebelum kerajaan mencapai keputusan terbaik dan tuntas berhubung harga