Berita

1.139 juta kunjungi Labuan

SEJUMLAH 1.139 juta pengunjung terdiri daripada pelancong dalam dan luar negara direkodkan berkunjung ke Labuan sepanjang tahun lalu, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar, peningkatan jumlah kunjungan itu jelas menunjukkan Labuan semakin dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan.