
Berita
Mahkamah Rayuan benar rayuan kerajaan, kurangkan ganti rugi kepada waris pemuda mati ditembak
MAHKAMAH Rayuan di sini hari ini membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di zon perindustrian Glenmarie di Shah Alam, Selangor, 13 tahun lepas. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk S.Nantha Balan dan