Berita

GISBH yakin ahli selamat di alam kubur kerana dibantu syafaat Abuya

MEYAKINI bahawa semua ahli akan selamat di alam kubur kerana dibantu oleh syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nakir. Demikian jelas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dalam sesi penerangan mengenai perkembangan dan tindakan berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat

Berita

Sultan Selangor titah tubuh jawatankuasa pemulihan kanak-kanak GISBH

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sebuah jawatankuasa dibentuk berhubung pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah-rumah amal GISBH. Menerusi hantaran di Selangor Royal Office, baginda mahu jawatankuasa berkenaan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja terperinci untuk mengenal pasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak terlibat. Sultan Sharafuddin menegaskan

Berita

662 jumlah terkini kanak-kanak diselamatkan dari rumah amal GISBH

JUMLAH kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan. Beliau berkata perkara itu

Berita

Selangor tubuh pasukan khas pulihkan kanak-kanak GISBH

KERAJAAN negeri Selangor telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk meneliti program pemulihan khusus kepada kanak-kanak yang ditemukan di rumah-rumah amal GISBH di negeri tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, pasukan khas itu ditubuhkan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat

Agama

Ajaran menyeleweng bukan isu baharu

ISU penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran Islam bukanlah isu yang baharu. Namun pendedahan terhadap kesesatan dan kejelekan ajaran Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) serta pengikutnya pada ketika ini telah membuka semula mata semua pihak terhadap keburukan dan kesan akibat kejahilan pengamal ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan akidah

Berita

Sultan Selangor perkenan fatwa GISBH menyeleweng akidah Islam

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan fatwa diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya telah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar. Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi Selangor Royal Office, keputusan hasil mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 30 September lalu disembah