Berita

Malaysia, Rusia setuju komuniti antarabangsa mesti tingkat tekanan tamat genosid Israel di Gaza

MALAYSIA dan Rusia telah bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga telah menyatakan harapan supaya Rusia akan meneruskan usaha yang membina ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine, bersandarkan kepada asas