Berita

NGO Malaysia-Indonesia sasar RM3 juta bantu mangsa gempa

GABUNGAN 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia dan Indonesia, menyasarkan RM3 juta kutipan dana dalam misi membantu mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria. Agensi yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu antaranya Malaysia For Syria; Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Muslim Volunteer Malaysia (MVM); Hayrat Relief Malaysia; Impactive Malaysia; Cinta Syria Malaysia; DT Peduli Indonesia;  Asar Humanity Indonesia dan

Berita

Gempa Turkiye, Syria: Agong, Permaisuri ucap takziah, seru adakan solat hajat

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut menzahirkan ucapan takziah. Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah

Berita

Satu lagi gempa bumi kuat gegar Selatan Turkiye

TURKIYE digemparkan dengan satu lagi kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter pada petang Isnin, lapor Agensi Anadolu. Gempa itu dilaporkan berlaku pada 1.24 tengah hari (2100GMT) waktu tempatan, berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). Ketua Pengarah Gempa Bumi dan

Berita

Gempa landa tengah New Zealand, dan Michoacan di Mexico

GEMPA bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan tengah New Zealand pada petang Khamis, menurut penyedia perkhidmatan penyelidikan geosains New Zealand. Gempa berlaku pada 21:07 waktu tempatan (0907 GMT) 30 km timur laut Pas Perancis di hujung utara Pulau Selatan New Zealand, pada kedalaman 51 km, kata GNS Science, yang menyifatkannya sebagai

Berita

Gempa bumi sederhana gegar rantau kepulauan Filipina

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina, pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Berita

Gempa bumi lemah di Laut Sulawesi, mungkin dirasai di Tawau – MetMalaysia

GEMPA bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah. Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,