
CLIFF UMAR Juara GV7, MUSS Naib Juara, AYU Tempat Ketiga
WALAUPUN bukan peserta kegemaran ramai yang diramalkan sebagai pemenang utama, sudah tertulis rezeki Cliff Umar bergelar juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada konsert akhir malam tadi. Cliff Umar yang membawa lagu Nakal,I’d Do Anything For Love duet bersama Noryn Aziz dan saingan battle Inilah Nasibku bersama Muss dan Oja.