
Pelantikan KSN sebagai Pengerusi ST tidak bertentangan dengan Garis Panduan Tatakelola
PELANTIKAN Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) berkuat kuasa 1 Januari 2025 adalah secara sementara sehingga calon baharu dikenal pasti dan dilantik selaras dengan peruntukan seksyen 5(2) Akta 610. Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) memaklumkan, berdasarkan akta tubuh ST tiada peruntukan yang menghalang daripada penjawat